Sunday, June 28, 2015

Pelan Digi(Digi Easy)

Goodbye Clixster mobile.

Setelah perkhidmatan Unifi ditamatkan kini nombor prabayar Clixster pula jadi mangsa seterusnya.
Mangsa untuk perancangan penjimatan kos. Jimat ke? Konon la..haha. Ala baru nak feeling2
Ternyata  lebih berbaloi dan flexible. 

Clixster masa mula2 aku pakai dulu memang bagus. Kalau aku tak salah masa tu pelan internet murah sangat. Cuma rm17 untuk langganan sebulan TANPA HAD. Dan liputan pun walaupun tempat yang agak ceruk tapi masih dpt H+. Tu masa zaman Clixster tumpang network Digi. Tapi lepas je Clixster tukar network Umobile. HAMPEH. Bayangla.. Dekat area bandar Temerloh pun coverage teruk. Dapat GPRS je..gile.. Dah la plan internet mahal. Yang paling sakit hati kite ni...kemain susah nak dpt topup. Geram tau.

Bila dah guna prabayar Digi ni...rasa macam..ohh..kau..bestnye. Mana2 je boleh jmpa topup tak pening kepala aku. Kalau balik kampung kat kedai abah pun ade jual. Lepas tu pelan intenet data banyak gila boleh pilih3 mana yg berkenan. Adik aku pun pakai kt kampung so maksudnya ok la tu kan coverage dia. Lepas tu yg paling bestttt ade plan free call & sms utk Digi Buddyzz ke sama rangkaian...ahhh...tp ada kuota la. 3 nombor je bole register. Boleh la suka-suka call letak call letak dengan boiprenn suka-suka hati. Heheheehhe. Yebedabedu.

Oklah.

Sekian entry memuji Digi secara keterlalun. Mohon Digi Mobile jadikan aku Duta produk. Hahahha.

Kbai.
posted from Bloggeroid

Saturday, June 27, 2015

Al Riak Wal Kedekut

Cerita Bulan Ramadhan.

Aku: Nah ni ikan pekasam yg ko kirim.

Tata : Gracias Chot. Berapa nih?

Aku : 10hengget. Tapi takpe. Sempena bulan puasa ni. Aku sedekah je(dalam hati dah riak)

Tata : Alhamdulillah. Baiknya ko. Kalau camtu..hutang aku yg 100 tu bg sedekah je. Berganda-ganda ko dpt. Bole tak.

Aku : err...aaaa...eeee....eheee....(cis)



Hehehe..riak tu kan...rugi dunia taknak. Untung akhirat tolak..haha.

P/s: nama trsebut bukan nama sebenar. Tata pun xde hutang dgn aku. Dia hutang entry je. Haha.

posted from Bloggeroid