Thursday, November 1, 2012

Tukar timing belt kancil ku



Its time to change it!... almost 100k dah meter millage masih menangguh2 tukar belt ni. haiii...kalo putus tengah jalan jahanam..haaa....selamatkan sebelum terlambat...

Buat survey dulu..beberapa kedai  ku tanya.. kalau banyak duit tak payah tanya,. antor je siap je bayor.. mudoh amat kate org Pahang..   Kedai apek kat Bangi nak rm340 siap pasang. Kedai mamat kat pinggiran putra dalam rm260.. Jauh berbeza-beza weh.

Aku pergi tanya kedai spare part kos barang berapa. Dia bagi harga rm180... kete kancil koi enjin 1000cc.. mahel sikit.

Ok,. cara jimat pasang sendiri je. tu kalau aokmer pandai pasang. Kekdahnye koi ni pompuan melayu terakhir tidaklah mungkin reti nak memegang sepana ke mende. koi tau anto kedai je..lepas siap tokey mintak bayor. mudoh amat weh. tapi $$ la kena sedia banyok.

Jadi akhirnya pemasangan belt tu koi seroh pada abg ipar. Beli belt kat kedai spare part lepas tu pasang kat rumoh. Spare part beli kat kg..dapat harga rm170 utuk belt 80k enjin 1000cc...lol....jimat berganda-ganda. Upah free. Kalau dia mintah upah koi nak taji ke..haha

Kalau korang nak tukar part2 kereta dengan harga yg murah boleh buat macam ni. Tapi pastikan beli barang/spare part yg betul. Cuba  bawak pergi workshop dan check part2 yg korang rasa perlu tukar. Minta pendapat pomen. Lepas tu cari kedai jual spare part. Kalau ada member yg boleh pasang mintak tolong member2 je. Kalau takde boleh mintak tolong workshop pasangkan. Dia akan charge upah pasang saje. Yg pastiya  jauh lebih murah dari buat dengan dengan workshop diaorg. Cubalah.


2 comments:

Butterflies said...

lepas tukar, ada sebarang bunyi tak? GB punya kereta baru jer tukar, tak sampai 2 minggu lepas, bila ac tutup tak bunyi pulak bunyi2x tue.

Butterflies said...

email tak show, takut kena hack. hari tue tukar timing belt je. hmmm... tue ingat nak anta check utk air-cond pulak nanti.