Friday, January 3, 2014

Bila mereka mendoakan aku...

Sebelum pulang kerumah selepas habis kerja giliran malam, masing-masing pergi sarapan isi perut dulu. Kalau nak balik rumah terus pun sangap jugak, mengadap jalan raya yang pasti sesak dalam keadaan perut lapar. Dan kepala yang tintong dan kabur. Baik kita makan dulu. Sampai rumah nanti tinggal mandi dan tidur je.

Senduk nasi, order air dan duduk sama-sama satu meja dengan shiftmate. Cuma aku berdua perempuan dengan linda, 4-5 orang selebihnya semua kaum adam. Diantara mereka tu ada seorang staf yang berusia dan nak pencen. Motif sangat sebut nak pencen. Hee.Dia ni sebenarnya seorang pak imam merangkap tukang lawak dalam kumpulan tu. Bila ada dia memang meriah. Kuat mengusik, kuat bergurau menyakat. Tapi dalam pada tu senang berkerja dengan dia. Kalau nak tanya bab agama, belajar mengaji malah nak sharing apa2 masalah pun dia okey je. Bab nikah kawin tu lagi la dia suka. Memang sokaaa. Tapi kita paham. Setakat bergurau. Tak payah nak sentap sangat. Dia bahan kita kita bahan dia balik..baru adil kenn. Berbalas smash. Dia pun takde hal punya. Jiwa muda ko.

Sambil suap nasi, sambil cerita. Cerita pasal anak masuk sekolah, member baru beranak la dan ntah apa lagi. Diselang seli usik mengusik. Budak-budak opis aku tinggal beberapa golongan je belum kawin. Yang dah kawin ramai dah. Yang bakal kawin ada lagi sikit. Yang dah kawin nak kawin lagi pun ader. Yang tak kawin-kawin pulak tu aku la kan..hehe.berlangsung sesi bahan membahan. Ko kate aku aku kate ko. Okeyy takpe.takpe. Ada hari boleh balas der. Ko tunggu je eh.

Entah usikan apa yang keluar, tiba-tiba pakcik tu cakap. "Takpe jangan risau. Tahun ni hang mesti kawin. Meh aku doakan hang. "Ya Allah, jadikan chot ni kawin tahun ni". Linda dan yang lain pun siap tadah tangan same je..wakakaka.

Dan aku cuma tertawa..bahagia.

Bukan kerana doa tu.

Tapi bahagia kerana kerenah mereka.

Siapa kata bahagia hanya ada dalam cinta. Bahagia datang dengan berbagai cara..ey?

Live hell or live well...We choose.

9 comments:

Adaa Arsenal said...

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

t.a.t.a said...

Amin. Chot kau kan tak berapa nak tinggi, so kau kena cari yang tinggi tau. Murah rezeki memasing. Hahaha.

nuyui a.k.a miss YUI said...

btol. bahagia ada plbgai cara..

Amin A. R said...

Hehehe... Nak aminkan jugak la doa tu.. Mudah2an..
**Betul lah tu kan, kebahagiaan datang melalui banyak cabang, bukan cinta semata2 ;)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

amin.. bagus betul dia tolong doakan chot.. semoga jadi kenyataan!!! insya-Allah.. :D

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

aamiin..betul bahagia ada berbagai cara.. knah juga tolong doakan =)

ewanthology said...

amin

Norhasniza Khalid said...

amin .. hihiihi

Chot said...

Terima kasih semua atas doanya. :))