Sunday, January 5, 2014

Soalan untuk bakal penyewa rumah

Penyewa bilik untuk lebih tepat.

Menyahut seruan keadaan untuk mengurangkan perbelajaan dan menambah pendapatan tahun ini, aku sewakan bilik kecil dalam rumah yang aku duduk sekarang. Yang mana sebelum ini sengaja aku biarkan tanpa penghuni(kecuali Hero yang jadikan bilik dia tidur) dan juga merangkap bilik dobi plus bilik gosok baju. Keluasan bilik cuma (8x10 sft) je pun. 

Langkah pertama diambil. Aku iklankan bilik tersebut dalam laman iklan. Tak susah mana nak dapat penyewa memandangkan kadar sewa yang aku letak agak murah ditambah dengan pakej rumah yang dah lengkap, yang susah nak dapat penyewa yang bagus je. 
Aku cadangkan bakal penyewa untuk datang dan lihat sendiri sebelum setuju untuk menyewa. Dia boleh tengok rumah, dan aku boleh suai kenal dengan lebih dekat bakal 'teman serumah'. Pada mulanya memang aku ragu-ragu nak benarkan 'stranger'  sewa, sebab..rumah sendiri kan?. Kalau aku juga penyewa seperti dia lain cerita. 

Mula-mula datang seorang kakak., or boleh dah panggil makcik kot sebabnya masa dia datang dia ditemani anak dan menantu. Dia datang waktu malam, jalan kerumah aku  agak seram. Dari mata kasar aku dia ok la. Cuma pelik sikit dengan status dia yang agak berusia tapi masih cari bilik sewa  untuk sendiri..tapi aku bersangka baik je kan? Mana nak tau cerita A-Z. Nampak dia baik dia anak-menantunya pun baik-baik. 
End up dia tak jadi sewa sebab takut dengan keadaan jalan kerumah yang suram. Aku ok je.

Bakal penyewa kedua. Masa datang tengok rumah, dia datang sorang. Sebelum ni sewa bilik dekat taman sebelah tempat aku ni je. Orang sini jugak la jadi takde la pening-pening nak bagi direction bagai. Aku tanya pasal kerja dia, asal mana, kenapa nak pindah. Aku jugak tanya pasal  hari gaji dia supaya senang aku mintak sewa dikemudian hari. Jadi dia melepasi piawaian aku. Dan akhirnya dia bersetuju untuk menyewa. Memang lega..dia tak ambil masa yang lama atau banyak kerenah untuk selasaikan urusan bayaran dan pindah rumah. Tau-tau je lepas aku bagi kunci, sehari lepas tu dah siap pindah masuk.

Syarat utama yang aku letakkan pada penyewa, mesti pembersih, rajin tolong kemas rumah. Walaupun umah aku, tapi duduk sama-sama ye kan. Nak pakai barang-barang aku,pakai je asalkan pandai pakai pandai simpan. Dapur pun mesti kemas lepas guna. Taknak sepah-sepah barang walaupun sebelum ni aku bukan la rajin dan saksama mengemas rumah. Tambah lagi ada anak 3 ekor tu. Lantakkan je sepah itu.

Rumah kecik kalo sepah...amboi..sakitnya mata. hoho. Rezeki aku la penyewa ni, nampak sangat kemas terampil gitu. Periok belanga pun siap dibasuhnya. Cuma hari pertama nak masuk rumah, masa tu aku ada kat opis. Dia sms, bgtau kunci rumah yang aku bagi tu tak boleh guna. Memang ajaib betul sebab kunci tu kunci spare aku dan KB selalu pakai. Tiba-tiba tak boleh guna? wat the...? Tak sempat aku balas sms, dia sms lagi. Dia cakap " kak. dah boleh..saya salah rumah".
Nak marah pun tak jadik, huhuhu..sabar je.

Hari kedua, pun aku ada kat opis. Sms masuk. "kak, flush rosak. Tak boleh guna"
pastu dia cakap, "akak ada guna tak pagi tadi, salah pusing kot?"  grrr...aku pulak yg salah.? Dey..yennaaa deyy..setahun dah aku guna tiba-tiba hari ni aku salah guna pulak ..?.sabar chot..sabar... Ni baru beberapa hari..kalau setiap hari macam ni..mati la aku.

Tulah dia. Ada pro & kontra. Macam aku cakap tadi nak dapat penyewa memang senang. Cuma nak dapat yang baik tu yang susah. Kalau dia baik sekalipun, tapi tak serasi dengan kita pun tak jadi juga. 
Sama la macam kawin, tak semestinya kena baik sebab kita memang bukan malaikat, yang penting serasi, tolak ansur dan timbang rasa..hahahahaaha..tiba-tiba kait dengan orang kawin apa kes?..kekeke.


14 comments:

Butterflies said...

uish... bukan senang nak tinggal 1 rumah dgn penyewa dlm rumah sendiri... kitaorg yg adik beradik nie pun kadang2x pun ada jer serba tak kena... ngeee... ^_^

Anis Zahidi said...

follow sini :D

Ayu Zan said...

mudah2an penyewa tu akan ok..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

Chot..hee yg penting kena ada tolak ansur..lama2 mungkin serasi bersama

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

meang susah nak dapat penyewa yang serasi dengan kita.. sekarang ni dia masih menyewa di rumah chot lagi ke?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

*typo=memang

Fizi Zaidi said...

kejam nih..hahaha..apa pun keselesaan kita menjadi keutamaan..mana tahu penyewa kita tu pengotor ke apa kan..huhu

azieazah said...

Kadang2 nasib, kan? Kiya dah cukup jaga cukup baik tapi ada jenis orang yg tak pandai nak hargai harta benda org lain. Kena sabar banyakkk

t.a.t.a said...

Berani nya kau chot mengundang strangers datang duduk serumah dengan kau. Huhu.

Berapa kau letak sewa?

Chot said...

Cik ta: cukuplah utk cover sikit inst bank. Berani tak berani jgk. Tp rasa rugi pulak bilik cntik dibiarkan kosang..

Cik Puan said...

memang susah lah macam tu kan chot..
ape2 pon brsangka baik je lah.tapi kalau dah susah nak tangani terpakse tak payah bagi sewa lah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

huhu..mcm2 ragam kan..

p/s: yui ada emel tau..t chck na.. sok sama2 umum kui 12 =)

Cik Muda said...

sama la chot... masalah mcm ni mmg kena ngn penyewa2 mcm kita ni. kalo boleh nak la housemate yang serasi bersama katanya... Tapi, masalah prob nye, kita ni tak kenal kan....


alhamdulillah la, aku pny hosmet baru aritu masuk, even agak pasif tapi dia sangat okey. ..

Jay Ar said...

Dulu saya pernah tinggal di Ampang (rumah sendiri), bila isteri pindah kerja di Kedah tinggallah saya seorang diri. Isteri cadang sewa bilik2 yg saya tak duduk (rumah ada 4 bilik). Tapi saya tak berani, takut sesal di kemudian hari. Lagi pun saya suka privacy...